Wednesday 27 March 2013

Fasa 1 : Kesedaran

ASSALAMUALAIKUM W.W

Mesti korang yang singgah kat blog ni nak tau petua macam mana nak dapatkan 6pack kan??? Tidak pun nak tahu cara untuk kuruskan badan. Actually, aku takde apa-apa kelayakan pun dalam bidang ini. Apa yang aku buat adalah atas sesedaranku sendiri untuk menjalani hidup yang lebih baik dan sihat di masa hadapan.

Dah memang tiada kelayakan, aku tak dapat nak kongsi kat korang pape petua pun sekarang ni sebab aku pun masih lagi dalam proses ke arah itu. Jadi, sama-samalah kita berkongsi pendapat atau ilmu yang ada ok.

Talk about 'Kesedaran' ni... i was start my plan ni minggu lepas. Tu pun selepas beberapa kejadian pelik [hihihi] yang telah terjadi ditambah dengan angan-angan yang tidak kesampaian.  So, aku rasa aku boleh kongsi ngan korang 'KENAPA' aku boleh terjebak dengan gejala ni... [sound macam hampeh kan]... hahaha

OK, Let's Start n Selamat Membaca...


___________________________________________________________________________________
Orang cakap aku GEMOK!!!

erk... we can juz simply say that 'GEMOK' itu comel or cute or sihat or wutsoever... kan??? 
well, masing2 ada pendapat mengenai perkataan 'GEMOK' itu sendiri, and so do i...

Juz imagine, bila masa je jumpa member2 lama tak kiralah sama ada lepak kat kedai mamak ke, kat shopping mall ke, hatta terserempak kat tepi jalan sekalipun... ayat yang pasti akan keluar dari mulut dorang samada sengaja @ tidak ialah... "Wei beb, da GEMOK la ko... senang ati ke?" or else "Comel la ko sekarang... ".  Cam hampeh je dengar ayat2 demikian. Rasa macam nak p gym je masa tu gak huhuhu. Lama gak la mende ni berlarutan sehinggakan ada satu masa tu macam da tak larat nk tahan perot ni daripada melimpah dari acuan sebenar... hehehe. Then suddenly i was thinking... 'larat ke aku nak bawak perot ni manjang?',  kalau lepas sembilan bulan boleh hilang, xpe gak... aku laki kot, memang tak la kan, kalau makin besar itu memang confirm... hehehe


Angan - Angan...

Bercakap mengenai angan-angan ni, korang pernah tak jalan-jalan kat tepi pantai tak kiralah pagi ke, siang ke, tengah hari ke, petang ke even malam ke sambil memimpin tangan orang yang tersayang? Mesti pernah kan... n how about the cloth u wear on that time?... hihihi. Bagi yang da kurus tu [yang ada 6pack apatah lagi], da confirm2 korang dengan confidentnya akan berjalan di tepi pantai tu hanya dengan memakai short pant kan. Kalau yang terlebih confident tu, pakai boxer je pun bolehhhh... :D

Honestly, aku tak da la boroi sangat sampai orang akan tanya 'Bro, da brapa bulan?' kalau jumpa... hehehe. Tapi still ada lemak2 tepu yang melingkar di sekitar perut ni. Dah la aku ni jenis kurang confident, ditambah lagi dengan lemak-lemak tersebut... memang tak kot aku buka baju depan semua orang lebih-lebih lagi di tepi pantai. Kadang-kadang teringin gak nak jalan bukak-bukak baju ni, tapi... huhuhu



Kenangan Silam + Godaan Internet

Hahaha... Mengimbau kenangan silam ni membuatkan aku tergelak sendiri. Dulu tiap kali p Shopping Complex tuk beli baju keje @ baju kasual, mesti cari saiz S tuk baju n 28-30 tuk seluar dan confirm2 je boleh muat. La ni? hahaha... tengok-tengok gak saiz-saiz tersebut, mana tau tetiba boleh muat kan. n the answer absolutely NO. Ketat gilak kot nak pakai saiz-saiz tu sekarang ni. Terpaksalah bertukar ke saiz lain. Btw, my size still between S-M tp tengok brand jugak la. 10% je la kot yang boleh muat untuk saiz S tu. But seriously, aku pernah da menjejak kaki memakai baju saiz L dan ngam tapi tak lama sangat. Sekarag maintain saiz M cuma kadang-kadang tersasar ke L.. AKU MAKIN GEMUK!!!

Lagi satu, bila je nak bukak internet specially Facebook, mesti ada member-member tershare gambar-gambar separuh bogel dorang yang dok tayang 6pack. And what i do? sambil tengok perut-perut 6pack dorang, sambil-sambil tu jugak aku sapu-sapu mesra perut aku. Bila la agaknya aku dapat perut macam dorang... huhuhu [dulu da pernah ada, tapi malas nak jaga... padan kat aku... huhuhu]


___________________________________________________________________________________


So kesimpulannya terletak pada diri kita sendiri. Apa yang kita nak, itu yang akan kita dapat. Kalau nak gemuk, makan selagi mampu tapi kalau nak kurus, car jalan penyelesaian. Yang penting usaha, doa dan tawakal. Niatkan segala yang korang lakukan ikhlas semata-mata keranaNya. In Shaa Allah...